? ??????????????Punk Skulls? ????? ?? ???Rating: 4.8 (116 Ratings)??7173 Grabs Today. 34303 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????????Incredible Butterflies (New)? ????? ?? ???Rating: 4.8 (103 Ratings)??6531 Grabs Today. 52190 Total Grabs. BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, 1 May 2012

FAKTA MENGENAI LELAKI


1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk
hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana
dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka
adalah makhluk yang lemah).
 
3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama
kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak
pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk
saling memahami satu sama lain).
 
5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi
percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan
percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan
betapa cantiknya Anda hari ini).
 
6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan
oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi,
tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).
 
7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak
peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada
Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus
mencintai Anda).
 
8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara
muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin
terpesona).
 
9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan
kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak
perlu diceritakannya pada Anda).
 
10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang
dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia
mendengar kisah bekas kekasih Anda).
 
11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.
 
12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh
mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang
dia belum siap untuk bercerita kepada anda).
 
13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi,lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda.
Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).
 
14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan
yang mudah marah.
 
15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu
berharap dan berandai-andai.
 
16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka
berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah,
dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).
 
17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh
melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah
melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang
sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).
 
19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya.
Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka
ia akan terus menerus merindukan Anda).
 
20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).
 
21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu Ertinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan
berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai.
Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).
 
22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba
lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).
 
23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka
makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda.
(Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).
 
24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka
tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama Jenisnya. Dan terkadang
mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang
berhubungan dengan sesama jenis).
 
25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.
 
26. Lelaki akan menyimpan sebahagian wangnya hanya untuk
membeli hadiah kecil untuk Anda.
 
27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan
berarti mereka menyukai wanita itu).
 
28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu
untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan
melulu bercerita tentang diri Anda.
 
29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya
orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari
dalam hati.
 
30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya,
mereka juga selalu bergosip.
 
31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata
jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka
melihat Anda bersedih).
 
32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.
 
33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama,
mereka juga boleh bosan dan jenuh.
 
34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.
 
35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka
kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
 
36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.
 
37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat,
sekaligus kekasih baginya.
 
38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya.
Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.
 
39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah
jendela hati, dan ia tak pernah menipu).
 
40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya
dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).
 
41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang
make up dan mini skirt.
 
42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang
diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.
 
43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak
mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan
mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.
 
44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir
tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.
 
45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran
negatif berbanding positif.
 
46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu- satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi.
(Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).
 
47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka
cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya,
termasuk Anda).
 
48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya,maka mereka akan menjadi makhluk yang
super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta
selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)
 
49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak
akan pernah boleh jauh dari Anda.
 
50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama
dari seumur hidup.

0 comments: